Thursday, April 8, 2010

Mid Valley Run 14.4.2010

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia,

Jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua rakan-rakan adiNation Of Runners @ Taman Tasik Shah Alam. Kepada pelari yang tidak dapat menyertai program pada adination, 14.4.2010, Rabu @ Mid Valley Kuala Lumpur jangan berkecil hati. Saya telah menghantar senarai nama seramai 14 peserta dari kalangan aNR Taman Tasik Shah Alam kepada pihak Adidas dan hanya 5 daripada kalangan kita berjaya dipilih. Salah seorang daripada kita adalah Mr Krishnan beliau merupakan pengurus program adiNation Of Runners ini.

Ini kerana, pada emel yang saya terima, saya telah dimaklumkan oleh pihak Adidas memerlukan 14 peserta lagi untuk memenuhi slot ke program adiNation Mid Valley Run 2010. Senarai nama tersebut telah dipilih secara Siapa Cepat Dia Dapat, so kita adalah pasukan yang terakhir yg menghantar senarai nama tersebut. Jika dilihat pasukan adiNation @ Titiwangsa / Putrajaya telah pun menempah 10 slot pertama. Berkemungkinan mereka telah menghantar penama pelari seawal dari saya. Kepada pelari yang tidak tersenarai dalam program adiNation Mid Valley Run jangan berkecil hati, ada pelbagai program yang menarik sepanjang aNR ini diperkenalkan di masa-masa yang akan datang. Harap maklum....

yang benar,
imran
ketua aNR Taman Tasik Shah Alam

No comments:

Post a Comment